Mengenai Kami
Kepakaran
Kami Miliki Semua Yang Anda Perlukan Dalam Bidang Salutan Industri
Misi
Syarikat kami sentiasa berkembang seiring dengan kemajuan teknologi salutan di peringkat antarabangsa untuk menjadi peneraju dalam bidang teknologi salutan dan pakar salutan industri yang terbaik di Malaysia, di samping itu juga menyediakan teknologi salutan yang paling canggih kepada pelanggan kami.
Nilai Teras
Kepakaran kami dalam teknologi salutan industri akan membantu memanjangkan jangka hayat struktur binaan atau persekitaran industri, di samping itu mengurangkan kos penyelenggaraan;
KEJURUTERAAN CYJ (M) SDN BHD mengkhusus dalam pelbagai projek cat industri. Cat industri mudah mengalami kerosakan akibat kakisan logam atau penguraian simen jika terdedah kepada oksigen, lembapan atau unsur-unsur lain untuk jangka masa yang panjang.
Kami pakar dalam menyediakan pelbagai jenis projek salutan untuk semua jenis perindustrian, antaranya termasuk salutan tahan karat, salutan kalis air, salutan tahan suhu tinggi, salutan kalis bahan kimia, salutan kalis minyak dan sebagainya.
Projek salutan industri sama sekali berbeza dengan proses mengecat dinding yang biasa. Kami menggunakan bahan salutan yang dihasilkan khas untuk kegunaan perindustrian untuk membentuk satu lapisan pelindung pada dinding, struktur binaan, bangunan atau persekitaran perindustrian yang khas demi mencegah atau memperlahankan proses kerosakan.
Salutan industri kami berkesan untuk memanjangkan jangka hayat dinding, struktur binaan, bangunan atau persekitaran perindustrian yang khas. Dengan kata lain, perlindungan daripada salutan industri bukan sahaja dapat mengurangkan kos penyelenggaraan, malah juga berkesan untuk memantapkan kualiti produk untuk industri tertentu.
Pengiktirafan
Amalan Keselamatan Di Tapak Projek
Diutamakan Untuk Hindari Masalah Keselamatan
Sebagai pakar projek salutan industri yang profesional, kami memperoleh sijil pengakuan Gred G4 yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), dan juga menerima pensijilan NIOSH yang diberikan oleh Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan Amerika Syarikat.
Untuk memastikan kualiti pelaksanaan projek kami menepati standard tertinggi, juruteknik kami bukan sahaja diwajibkan menerima pelbagai latihan teknik salutan, malah juga perlu mengikuti latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang khusus. Mereka melaksanakan projek dengan mematuhi sepenuhnya standard dan prosedur pensijilan yang berkenaan untuk memastikan keselamatan peribadi di tapak projek dan mengelakkan pelanggan daripada sebarang masalah keselamatan.
*Kami juga sedia membantu dalam mendapatkan kelulusan khas daripada pihak berkuasa untuk projek yang memerlukan kelulusan.
Sampel disediakan terlebih dahulu
Sampel Disediakan Sebelum Kemukakan Sebut Harga Sebagai Jaminan Kualiti Projek
Dalam proses penilaian tender projek konvensional, kontraktor dikehendaki mengemukakan sebut harga berdasarkan keperluan pelanggan terhadap projek berkenaan. Kami akan menyediakan perkhidmatan tambahan kepada pelanggan, iaitu mengemukakan perancangan projek terlebih dahulu untuk mengurangkan risiko projek dan menjimatkan kos atau mengelakkan pembaziran.
Tambahan lagi lagi, kami akan menyediakan rancangan penyelesaian yang sesuai untuk menangani masalah atau memenuhi keperluan khas pelanggan sebelum menawarkan sebut harga, contohnya menyediakan sampel menggunakan salutan tertentu untuk membenarkan pelanggan melihat kesannya terlebih dahulu.
"Sampel diberikan sebelum sebut harga disediakan" diterapkan sebagai inisiatif untuk mengenal pasti jenis cat yang sesuai bagi mengelakkan pembaziran kos dan masa, pada masa yang sama juga memastikan projek yang disiapkan memenuhi keperluan pelanggan dengan sepenuhnya.
*Inisiatif ini disediakan percuma dengan syarat pelanggan telah menandatangani perjanjian kerahsiaan maklumat salutan dengan kami.
Mengapa memilih kami
5 Syarat Utama Merangkumi Segenap Aspek Projek Telah Menjadi Tunjang Kepada Kejayaan Pelaksanaan Projek
Sebagai pakar salutan industri dan cat rumusan khas, kami bukan sahaja mahir dalam seni pertukangan, malah juga memiliki kemahiran yang merangkumi segenap aspek projek bagi memastikan setiap perincian dilakukan dengan teliti dan menunjukkan kualiti yang profesional. 5 syarat utama seperti berikut antara faktor yang mendorong ramai pelanggan memilih untuk mengamanahkan projek kepada kami.
Khidmat Runding Percuma
Selain menyediakan khidmat runding percuma, pasukan kami juga mengadakan lawatan ke kilang/tapak projek untuk memahami keperluan pelanggan dengan lebih tepat dan menyeluruh sebelum mengemukakan cadangan dan perancangan untuk membantu pelanggan memahami keadaan sebenar dan kemajuan projek.
Jalinkan Hubungan Yang Baik
Sepanjang proses pelaksanaan projek, kami tidak pernah mencetuskan sebarang masalah kepada pelanggan mahupun menerima sebarang aduan daripada pelanggan. Kami sentiasa menjalinkan hubungan yang mesra dengan pelanggan kami selepas menyiapkan setiap projek.
Keunggulan ketukangan
Keunggulan ketukangan dan kehalusan pertukangan sentiasa diutamakan dalam pelaksanaan projek. Pelanggan boleh melawat ke tapak projek untuk memeriksa pada bila-bila masa. Projek kami adalah bebas daripada sebarang kecacatan semasa penyerahan, dan juga tanpa sebarang kesan sampingan selepas penyerahan.
Pasukan Tersendiri
Pasukan kami mampu menyempurnakan seluruh projek tanpa penyumberan luar yang akan meningkatkan kos projek. Ini memastikan sebut harga kami lebih berpatutan dan lebih penting lagi, dapat mengurangkan kos projek.
Kelengkapan Jentera
Penggunaan jentera khas diperlukan untuk kebanyakan projek salutan industri dan projek salutan rumusan khas. Untuk memastikan kualiti projek yang cemerlang, kami telah melabur dalam pembelian jentera untuk menyempurnakan kerja secara profesional, dan mengetepikan penggunaan peralatan atau kaedah alternatif yang bukan profesional. Satu lagi sebab kami melabur dalam pembelian jentera adalah untuk mengelakkan kemajuan pelaksanaan projek terjejas akibat terpaksa beratur menunggu giliran untuk menyewa jentera. Penggunaan jentera milik sendiri bukan sahaja dapat menjimatkan kos, malah juga meningkatkan kecekapan pelaksanaan projek. Penggunaan jentera milik sendiri bukan sahaja dapat menjimatkan kos, malah juga meningkatkan kecekapan pelaksanaan projek.
Projek siap mengikut jadual
Pengurusan Profesional Memastikan Projek Siap Mengikut Jadual
Dua syarat yang unggul seperti berikut memastikan setiap projek yang kami laksanakan dapat siap mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
- Pasukan projek kami yang rajin dan sentiasa bersedia untuk bekerja lebih masa pada bila-bila masa telah mempercepatkan pelaksanaan projek. Semangat kerja berpasukan dan kerjasama mereka pula memastikan projek berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan;
- Modal dan sumber projek yang mencukupi, contohnya mempunyai jentera dan tenaga kerja yang mencukupi. Lebih penting lagi, kami juga menerapkan sistem pengurusan projek yang profesional, merangkumi perancangan pra-pelaksanaan, penilaian kemajuan mingguan dan sebagainya untuk memastikan projek kami siap mengikut jadual.
Tempoh Jaminan
Jaminan Diberikan Untuk
Salutan Industri Dan Kualiti Pelaksanaan Kerja
Tempoh jaminan seperti dinyatakan dalam kontrak akan diberikan kepada pelanggan selepas penyerahan sesuatu projek sebagai perlindungan tambahan. Jaminan projek kami boleh dibahagikan kepada dua jenis seperti berikut:
- Jaminan daripada pengeluar: sesetengah pengeluar akan menghantar pemeriksa ke tapak projek untuk memantau kualiti pelaksanaan projek sebelum mengeluarkan sijil jaminan untuk salutan industri;
- Jaminan kualiti pelaksanaan projek: kami akan memberikan tempoh jaminan yang relevan dan perkhidmatan pembaikan secara percuma untuk kecacatan akibat kecuaian semasa pelaksanaan;
*Jaminan kualiti pelaksanaan projek adalah berbeza bergantung kepada projek. Sila hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut.