Mengenai Kami
Bebaskan Anda Daripada Kerisauan Dengan Kepakaran Dan Kemahiran Kami!
KEJURUTERAAN CYJ (M) SDN BHD (202101018826 (1419126-W)) merupakan syarikat yang mengkhusus dalam cat/salutan industri dan cat rumusan khas yang terkemuka di Malaysia. Dengan berpegang pada “Kualiti Projek Diutamakan” sebagai nilai teras perniagaan, kami berjaya membina reputasi yang kukuh dalam industri.
Kami pakar dalam cat industri dan teknologi salutan yang merangkumi 6 aspek utama, iaitu peletupan, penyalutan, penyemburan, penebatan dan pelapisan. Kami menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian sehenti yang merangkumi reka bentuk, perolehan cat dan salutan, serta pelaksanaan projek untuk memenuhi keperluan pelanggan.
Dengan kepakaran dan kemahiran dalam salutan industri, kami berdedikasi untuk menawarkan perkhidmatan yang profesional dan pelaksanaan projek yang berkualiti bermula dari persediaan sebelum memulakan projek, prosedur pelaksanaan projek sehingga jaminan selepas siap projek, demi memastikan kepuasan pelanggan dan membebaskan pelanggan daripada sebarang kerisauan.
Pengenalan Syarikat
Digelar Sebagai Syarikat Salutan Industri Yang Paling Profesional Oleh Pelanggan
KEJURUTERAAN CYJ (M) SDN BHD diasaskan pada tahun 2021 dengan pejabat urusan berpangkalan di Batu Caves dan gudang bertempat di Klang, Selangor.
Jacky Cheong, pengasas CYJ, seorang jurutera yang berpengalaman hampir 20 tahun dan juga usahawan veteran yang sangat dihormati dalam bidang peletupan, penyalutan, penyemburan, penebatan dan pelapisan.
Sebelum mengasaskan CYJ, Jacky Cheong telah mengumpul pengalaman dan kemahiran yang luas dalam keenam-enam bidang tersebut. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Pengurus Projek yang mengetuai pasukannya untuk menyempurnakan projek yang tidak terkira banyaknya. Dengan ilmu dan pengetahuan yang dimiliki, beliau umpama sebuah ensiklopedia bergerak dan mampu menangani apa jua masalah yang timbul dalam pelaksanaan sesuatu projek.
Kami Miliki Semua Yang Anda Perlukan Dalam Bidang Salutan Industri
KEJURUTERAAN CYJ (M) SDN BHD mengkhusus dalam pelbagai projek cat industri. Cat industri mudah mengalami kerosakan akibat kakisan logam atau penguraian simen jika terdedah kepada oksigen, lembapan atau unsur-unsur lain untuk jangka masa yang panjang. Kami pakar dalam menyediakan pelbagai jenis projek salutan untuk semua jenis perindustrian, antaranya termasuk salutan tahan karat, salutan kalis air, salutan tahan suhu tinggi, salutan kalis bahan kimia, salutan kalis minyak dan sebagainya.
Kami Mempunyai Saluran Pembekalan Salutan Industri Di Merata Dunia
Salutan industridibangunkan khas mengikut keperluan dan kegunaan yang berbeza. Kami mempunyai saluran pembekalan bahan salutan industri di merata dunia. Dengan kelebihan ini, kami dapat memperoleh salutan yang memenuhi spesifikasi dan keperluan pelanggan dengan mudah dan cepat. Selain pembekal cat di Malaysia, kami juga mempunyai saluran untuk mengimport salutan rumusan khas yang jarang didapati di pasaran tempatan daripada kilang di seluruh dunia yang memperoleh pensijilan diterima pakai di peringkat antarabangsa.
Penggunaan salutan import di Malaysia juga mendapat pengesahan pihak ketiga untuk memastikan ia memenuhi piawaian Sirim.
Dengan kelebihan dari segi perolehan bekalan, kami tidak berdepan dengan masalah untuk mendapatkan bekalan salutan rumusan khas untuk kegunaan industri dan yang lebih penting lagi, ia dapat memenuhi keperluan pelanggan yang sebenar.
Projek siap mengikut jadual
Pengurusan Profesional Memastikan Projek Siap Mengikut Jadual
Pasukan projek kami yang rajin dan sentiasa bersedia untuk bekerja lebih masa pada bila-bila masa telah mempercepatkan pelaksanaan projek. Semangat kerja berpasukan dan kerjasama mereka pula memastikan projek berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan; Modal dan sumber projek yang mencukupi, contohnya mempunyai jentera dan tenaga kerja yang mencukupi. Lebih penting lagi, kami juga menerapkan sistem pengurusan projek yang profesional, merangkumi perancangan pra-pelaksanaan, penilaian kemajuan mingguan dan sebagainya untuk memastikan projek kami siap mengikut jadual.
Rujukan Kerja Projek
Supply & Apply Vapor Blasting and Coating Job at Internal Compounding Tank.
Hubungi pakar kami
Anda dialu-alukan untuk mengenali kami dengan lebih mendalam.